3 Sebab Kenapa Perlu Mula Bisnes Online Sekarang Dalam Situasi Ekonomi Hari Ini

bisnes online dari rumah, bisnes online shaklee, bisnes shaklee online

Sepatutnya mama fas perlu mula mungkin 10 tahun dulu untuk buat bisnes online ni. Tapi waktu tu tak ada kesedaran, tak ambil tahu, tak tahu cara dan tak ada orang nak bimbing. 10 tahun dulu, umur masih muda, belum kahwin, jadi mama fas pun dok huha huha la lagi. Tambah pulak, tiada masalah kewangan dan kekangan nak pikir. Enjoy sungguh!!. Ikutkan, kalau mula bisnes online masa umur muda, tenaga pun banyak, idea pun banyak, kekangan macam tanggunjawab pada keluarga dan anak-anak pun tak ada mesti lebih mudah. Untungla budak sekarang ni, muda-muda lagi dah ada kesedaran dan banyak pula pendedahan berkaitan dengan ilmu bisnes. Mana yang berani, redah ja. Hasilnya mereka dah jadi jutawan di usia muda.

 

bisnes online dari rumah, bisnes online shaklee, bisnes shaklee online

 

TAPIIII, FAKTOR USIA JUGA BUKAN PENENTU KEJAYAAN SEBENAR!!! Ramai saja yang bermula lambat tapi mereka tetap berjaya. Mama fas juga TIDAK sesekali menyesal. Walaupun mama fas bermula lambat, bukan bermaksud tak boleh berjaya macam orang lain. Yang paling penting, bila dah mula, buat sungguh-sungguh sampai berjaya!!! Rezeki bukan kita yang tentukan. Malah, adanya keluarga dan anak-anak juga merupakan rezeki yang tidak ternilai. Tidak dinafikan, mereka inilah juga antara punca-punca rezeki buat mama fas. Mereka jugalah pendorong kuat mama fas untuk terus majukan diri sendiri.

 

 

 

Kenapa mama fas buat bisnes online?

KOS MURAH. Bisnes online pada mama fas adalah platform paling mudah untuk bermula. Jika kita kekurangan modal, maka bisnes online atau  membuka kedai maya sebagai platform adalah pilihan pertama berbanding memiliki kedai fizikal. Kita  boleh menjadi agen kepada syarikat pengeluar produk tertentu. Contoh paling mudah seperti MLM macam yang mama fas buat sekarang melalui SHAKLEE. Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak, diakui setiap bisnes memerlukan modal. Tapi berapa modal yang boleh kita keluarkan adalah mengikut  kepada kemampuan kita sebagai permulaan.

 

 

 

Kenapa perlunya untuk  mula bisnes online dalam keadaan ekonomi sekarang?

Kalau anda berpendapatan sebulan isi rumah RM10k ke atas mungkin dah cukup selesa. Tapi macam mama fas ni, anak-anak semua kecik-kecik lagi, dalam tempoh pembesaran mereka memerlukan kos yang bukan sedikit. Perbelanjaan sekolah saja pun bukan sikit-sikit. Belum masuk kos penjagaan kesihatan malah makanan harian pun melambung tinggi. Kos sara hidup pun menjadi-jadi naiknya. Jadi, sangat perlu untuk mama fas membantu suami meringankan beban. Mungkin tidak besar mana pun bantuan mama fas, sekurang-kurangnya dapat juga memanfaatkan ilmu yang ada dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu lebih bernilai dari mendapat duit semata-mata.

 

 

 

Jom mama fas kongsikan 3 sebab kenapa perlunya untuk kita mulakan bisnes online hari ini.

1) Kewangan

 

Hutang. Bukan perkara yang main-main malah hutang perkara paling besar yang membawa sampai ke akhirat kita. Hutang juga wajib dibayar. Bayangkan, boleh dikatakan setiap isirumah kini dibebani hutang samada yang melibatkan hutang kad kredit, hutang pinjaman bank, hutang sewa beli dan hutang kos pendidikan. Semua ni adalah antara faktor utama ramai orang diselubungi masalah hutang.

 

 

Hutang bukan melibatkan institusi kekeluargaan saja, malah kalau anda sedar, anak-anak yang masuk belajar pusat pengajian tinggi pun sudah mempunyai hutang. Mereka terpaksa berhutang bagi membolehkan mereka menyambung pengajian.

 

 

Melalui bisnes online, pendapatan yang diperoleh dapat membantu pelajar-pelajar menanggung kos pengajian mereka serba sikit malah tidak dinafikan, ada yang sambung belajar tanpa hutang hanya dengan menggunakan duit bonus yang diterima melalui bisnes online yang diceburi.

 

 

2) Komitmen

 

Percaya atau tidak, walaupun bukan semua tapi cara hidup manusia  kini yang semakin sibuk menyebabkan banyak hubungan suami isteri renggang. Bukan saja hubungan suami isteri, malah hubungan dengan anak-anak pun terganggu. Na’uzubillah. Semoga kita semua terpelihara dari semua ni. Jika kita mencari rezeki kerana Allah, walau sibuk macammana pun kita akan berusaha mencari masa demi keluarga bukan? Kita akan berusaha untuk menggembirakan mereka kembali dengan cara belanja mereka dan membawa mereka bercuti bila berkelapangan. Komitmen kita bukan hanya kepada kerja tetapi juga kepada keluarga. Kita kena jadi bijak dalam menguruskan segala komitmen sebaik mungkin.

 

 

Memang tidak dinafikan, ada ja anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya dari ibubapa. Risau juga kan. Macam mama fas sendiri, suami kerja di KL dan mama fas duduk di Kedah. Alhamdulillah, suami mama fas balik setiap minggu, jadi anak-anak masih rapat dengan ayah mereka. Tanggungjawab mama fas juga agar sentiasa mengingatkan mereka kepada ayah mereka dan menerangkan yang ayah mereka keluar bekerja mencari rezeki.

 

 

Bila mama fas bekerja buat bisnes online dari rumah macam sekarang, anak-anak masih ada mama mereka yang sentiasa ada di sisi mereka di kala memerlukan. Alhamdulillah.

 

 

Sibuk yang keterlaluan juga menyebabkan kita tak cukup masa. Paling menyedihkan jika masa kita bersama Allah juga tidak ada. Sungguh rugi kan..

 

 

Sebab tu bagi anak-anak muda yang belum ada komitmen yang berat lagi, belum berkahwin, buatlah bisnes online ni. Anda mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan menimba pengalaman. Anda bebas untuk meneroka. Anda mempunyai idea yang lebih kreatif dan tenaga yang banyak. Ambilla peluang ni sebaik mungkin.

 

 

 

3) Masalah Kesihatan

 

Sedar atau tidak, makin ramai manusia sekarang yang tidak sihat. Cara bekerja juga memberi impak kepada tahap kesihatan kita. Cara pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah kesihatan. Bukan itu saja, hidup pun semakin tidak keruan, jiwa tak tenteram kerana tekanan hidup yang semakin tinggi.

 

 

Jadi, apa kata kita juga memulakan bisnes online. Bagi surirumah, ia adalah satu platform yang sangat mudah . Sebagai contoh, macam bisnes Shaklee yang mama fas buat sekarang, segalanya bermula dengan mama fas menggunakan dahulu produk  Shaklee. Kemudian baru mama fas share kebaikan Shaklee dan akhirnya menjual. Itupun bermula bila ada yang bertanyakan dulu kepada mama fas berkaitan produk Shaklee.

 

 

Untungnya Shaklee, anda boleh mendapat kelebihan kedua-duanya. Anda boleh menjana pendapatan malah pada masa yang sama boleh menjaga kesihatan melalui  pengambilan produk  Shaklee. 🙂 :). Mudah Bukan? 🙂 🙂

 

 

 

Anda pula macamana?? Jika anda langsung tidak mempunyai kaitan dengan 3 sebab di atas, mungkin anda tidak perlu untuk buat bisnes online. Tapi, jika ada salah satu, mungkin anda perlu memikirkannya.

 

 

Kalau anda berminat untuk daftar ahli Shaklee dan memulakan bisnes online bersama-sama mama fas, boleh KLIK DI SINI, KEMUDIAN KLIK “JOIN”.

 

 

Jika anda nak tahu tentang Cara nak daftar ahli Shaklee, boleh KLIK DI SINI.

 

 

Boleh juga hubungi mama fas menggunakan no telefon di bawah.

 

 

Hubungi Pengedar Shaklee, daftar ahli shaklee online, daftar shaklee online, beli shaklee online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ