5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya

Bila dah daftar ahli Shaklee dan guna produk Shaklee, kemudian mama fas mula belajar cara buat bisnes online Shaklee pula. Oleh sebab upline dan mentor duduk di KL dan mama fas di Kedah, maka kebanyakan kelas dibuat secara online. Tapi, mama fas attend juga kelas coaching dengan mentor bila berkesempatan. Bila ada sesi coaching dan belajar secara berdepan tu lebih puas hati sebab kita boleh tanya terus dan ambik aura orang berjaya…:)

 

cara-buat-bisnes-online

 

Bila nak berbisnes, nak ke nak kita memang wajib belajar dari orang yang dah berjaya. Kalau tak, jadi macam mama fas awal-awal dulu la masa tak berapa nak reti. Ingatkan nak jual supplemen semudah kita jual coklat, cakap sedap maka orang pun beli.:)…Silap tau. Sebab tu masa mula-mula berbisnes tu tanpa ilmu yang banyak maka bisnes pun sendu ja. Bila dah sendu mula la rasa down, rasa tak boleh dan sebagainya.hihi. Hakikatnya semua dari kita boleh lakukan dan berjaya, cuma kena ada ilmu..:)

 

 

 

Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, lepas dapat ja handphone android, terus mama fas hubungi upline mama fas untuk masukkan dalam mana-mana group yang boleh mama fas belajar. Bermula dari situ la, mama fas mula belajar dan terus belajar sampai sekarang…:)

 

 

 

Banyak kelas dan platform untuk kita belajar sebenarnya. Janji MAHU!. Mentor mama fas memang sentiasa adakan kelas untuk mama fas dan adik-beradik yang lain. Malah adik-beradik Shaklee mama fas pun best-best dan baik-baik semuanya..:)

 

 

 

Lepas belajar sebaiknya kita kena terus praktikkan. Dari situ, bila kita tak faham, dah boleh terus tanya, betul ke dan kalau salah mentor akan betulkan. Kelas-kelas ni ada yang perlu dihadiri secara offline sahaja dan ada kelas yang boleh belajar secara online..:) Jika ada kelapangan dan tiada isu yang menghalang, biasanya mama fas akan cuba hadirkan diri..:)

 

 

 

Antara Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Shaklee Mama fas ialah :

 

 

 

1) Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee

Bukan mudah untuk seorang suri rumah yang biasa-biasa boleh jadi seorang jutawan melalui Bisnes Shaklee. Mesti ada rahsia yang beliau lakukan sehingga berjaya sedemikian rupa. Bayangkan seorang suri rumah tapi boleh jadi sangat berjaya dengan hanya berkongsi tentang kebaikan produk Shaklee secara online. Best ke best..:)

 

Tapi kelas ni hanya boleh belajar secara offline sahaja…:) kena jumpa mentor untuk kita tahu tentang rahsia ni J

 

 

 

2) Kelas Strategy Blog 7 Angka

Kalau dulu selalu jugak terfikir, macamana orang-orang ni semua boleh masuk dalam internet. Maksudnya macamana diorang buat website atau blog untuk memudahkan orang mencari info dan jumpa mereka.

 

Kemudian, boleh pulak buat jualan dan dapat income setiap hari dari blog atau website. Tapi, untuk dapat income melalui blog ni perlukan kesabaran dan kerajinan di permulaannya. Umpama kita tanam pokok lah. Kita buh baja, siram dan bila dah berbuah, bolehla kita dapat hasilnya.

 

Bagi kelas ni biasanya boleh dihadiri secara online dan offline..:)

 

 

 

3) Kelas Teknik Close Sales Power

Dalam bisnes, part yang paling mencabar adalah macammana nak close sale dengan berkesan. Semestinya sebagai perunding Shaklee, mama fas perlu ada ilmu yang mantap supaya dapat memberi input yang tepat dan jelas kepada customer.

 

Namun ada juga teknik-teknik yang perlu diketahui agar proses perkongsian seterusnya jual beli berjalan dengan lancar.

 

 

 

4)  Kelas Zero Cost Marketing

Salah satu cara yang paling digemari bagi peniaga online adalah menggunakan medium FB sebagai kedai. Tidak dinafikan FB adalah antara salah satu cara untuk menjalankan bisnes online dengan berkesan dan membina kredibiliti diri sebagai peniaga online secara berkesan secara percuma saja..:)

 

Kelas ni boleh dipelajari secara online dan offline..:)

 

 

 

5) Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing)

Mentor mama fas juga berbesar hati mengajar kami dari team SuperStarShaklee berkaitan marketing melalui internet.

 

Selain itu mentor mama fas ada juga menjemput orang-orang yang pakar dalam bidang IM contohnya dgn tuan Amirul, ada juga dengan tuan Iftitah malah kelas-kelas ini boleh dipelajari secara online dan juga offline.

 

 

 

Banyak lagi kelas. Bukan dari upline mama fas saja, tapi juga dari neni dan moyang mama fas pun turut turun mengajar. Memang tak menang tangan sebenarnya untuk menghadiri semua kelas.

 

 

 

Paling penting, kena sendiri mahu belajar. Lepas tu, apa yang kita belajar tu kena la praktikkan. Barula bermanfaat..:)

 

 

 

 

Andaikata anda berminat untuk berbisnes Shaklee dan belajar cara buat bisnes online boleh la hubungi mama fas ya..:)

 

Hubungi Pengedar Shaklee, daftar ahli shaklee online, daftar shaklee online, beli shaklee online

 

 

Tapi sebagai langkah pertama, kena la daftar ahli Shaklee dulu..KLIK DI BAWAH 🙂

 

Daftar ahli Shaklee Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ