Cara Saya Buat Bisnes Shaklee Secara Online Melalui Handphone

buat-bisnes-secara-online-dengan-samsung-galaxy-note5-32gb

Harini kita citer pasai handphone ya..hihihi.Sejujurnya mama fas mula serius buat bisnes Shaklee secara online ni sejak ada handphone android. Memang berjasa sangat handphone ni.  Jenis yang sekarang ni mama fas guna adalah Samsung Grand Quattro. Handphone ni la yang pertama kali dibeli oleh en suami tersayang dan sudah 3 tahun guna, tapi kondisi tip top…hihihi 🙂 Handphone ni la untuk jawab call customer dan saudara mara, mesej customer dan saudara mara,  anak-anak pun main game guna handphone ni la jugak…ahakkk…

 

Buat bisnes shaklee secara online

 

Tapi, best juga kalau ada handphone yang lebih canggih kan…:)  Tak perlu la nak mengadap lappy je. Pergi ke mana-mana pun, guna handphone je sambil buat bisnes Shaklee secara online. Memang akan lebih memudahkan kerja bisnes Shaklee mama fas lah..maklumla, yang lebih baru, sistem dia lebih laju..:) Kalau nak cari handphone baru pun mungkin jenama Samsung juga. Rasa macam jenama ni agak tahan lasak. Sebabnya dari pengalaman yang pertama guna Samsung dan sampai sekarang dah 3 tahun pun tiada masalah. Cuma kerap “hang” je la lately sebab sistem dalam dah berat kot dengan macam-macam..Y:) ang menjadi keutamaan mama fas adalah tempat simpanan data yang lebih besar dan dapat mengambil gambar dengan lebih cantik berbanding handphone Mama fas yang sedia ada ni..:)

 

 

 

Pada Mama fas kedua-dua ciri ni sangat penting dan menjadi keutamaan buat bisnes Shaklee secara online Mama fas sekarang. Memang boleh je simpan dalam memory kad..tapi kena cepat pindahkan dalam lappy..mama fas dah dua kali pindahkan data dalam memory card, bila nak transfer ke dalam lappy, skali semua maklumat yang simpan dalam memory card tu hilang!! Bukan sekali tapi 2 kali jadi macamtu. Dah la dalam handphone semua rekod yang dah dipindahkan, mama fas padam sebab nak masuk data baru. Sekali hilang nak buat cemana. Tak tahu dimana silapnya. Habis beribu-ribu gambar dan maklumat yang direkod hilang macam tu ja. Bukan mudah nak kumpul semula. Huhuhu

 

 

 

Jadi, kalau handphone tu ada tempat simpanan yang lebih besar, mudah la sikit mama fas nak simpan banyak maklumat dan gambar. Walaupun belum sempat pindah dalam memory card, ia masih tidak mengganggu sistem dalam handphone. Mama fas juga boleh meneruskan kerja dengan mudah. Ini yang sangat diperlukan oleh mama fas..:)

 

 

 

Bila ambil gambar pulak, handphone sedia ada ni kalau guna kamera belakang ok lagi, masih cantik. Tapi kalau nak selfie, mmm memang kurang puas hati  jadinya gambar. Jenuh nak kena adjust duduk kat kawasan yang lampu cerah. Sebab tu kalau boleh nak cari handphone yang kamera depan belakangnya bagus, jadi bila ambil gambar pun jadi cantik..:)

 

 

Kekadang tu mama fas minta tolong anak ambil gambar, tapi selalu je goyang-goyang..gambar pun jadi kelabu la…hihihi..dapat handphone yang kameranya boleh stabil walaupun bila ambil gambar yang bergerak dah kira bagus bagi mama fas…

 

 

 

Jadinya, mama fas pun godek-godekla juga pilihan handphone yang ada di pasaran. Apple Iphone ada, Asus ada, Huawei ada….tapi pilihan mama fas untuk memiliki handphone yang lebih canggih dari yang sedia ada ni adalah Samsung Galaxy Note 5 32GB…hihihi…Samsung jugak…:)

 

 buat-bisnes-secara-online-dengan-samsung-galaxy-note5-32gb

 

Tengok pun dah menarik perhatian.. macam pen untuk tulis nota dan sebagainya..Tempat simpanan pun besar juga. Kamera pun kita tak perlu risau kalau ambil gambar walaupun dalam keadaan cahaya kurang. Nak ambil live video pun boleh..:) Ia juga ada ciri kamera yang stabil. Kalau ambil gambar bergerak pun tiada masalah kabur atau goyah.

 

 

 

Macam best je handphone ni pada mama fas. Harapnya lepas ni impian nak dapatkan handphone ni tercapai dengan segera..amiin 🙂

 

 

 

 

KLIK BAWAH

Daftar Ahli Shaklee Online

KLIK BAWAH

Beli Shaklee Online Terus Hq Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ