Vitamin Shaklee | Supplemen Wajib Ada Masa Berjalan Jauh

vitamin-shaklee

Bila mama fas dalam perjalanan jauh atau balik kampung, wajib ada standby beberapa vitamin Shaklee sebagai back up kesihatan. Maklumla, bila bermusafir kita biasanya akan makan dan minum yang beli masa dalam perjalanan. Sebaiknya kita bawak la bekal. Lebih puas hati. Tapi, apakan daya, kekadang tu cuma  sempat isikan air dalam botol ja terutamanya bila ada hal kecemasan. Nak uruskan anak lagi kan…:)

 

 

vitamin-shaklee

 

 

Sebab tu mama fas akan isi vitamin Shaklee dalam satu beg. Kalau sekadar satu dua hari, mungkin isi vitamin dalam pill box ja. Tapi kalau berhari-hari, mama fas bawak je skali botol-botol tu semua.:)

 

 

 

Macam sekarang ni kan musim cuti sekolah. Jadi, ramai la ibubapa yang bawa anak-anak pegi jalan-jalan. Bila bercuti, kena jaga kesihatan juga. Maklumla, sekarang ni macam-macam dah kita dengar sakit tu sakit ni..wabak tu wabak ni..na’uzubillah..moga kita semua dalam rahmat dan perlindungan dari sebarang malapetaka dan bahaya.

 

 

 

Mama fas pula, cuti kali ni tak plan ke mana-mana. Duduk rumah ja. Lagi pulak musim hujan sekarang ni. Anak mama fas yang sulung, Ammar yang berumur 6 tahun pun bersunat. Jadinya, duduk rehat-rehat di rumah saja la..:)

 

 

 

Jadi, dari pengalaman-pengalaman sebelum ni bila pegi bercuti, dalam perjalanan jauh atau balik kampung boleh la mama fas share sikit berkaitan vitamin Shaklee yang mama fas bawa.

 

 

 

Antara Vitamin Shaklee atau produk Shaklee yang yang selalu mama fas bawa bila dalam perjalanan jauh atau balik kampung adalah:

  1. Chewable Vita C/Sr Vita C
  2. Performance drink
  3. Herbal Blend
  4. B-complex
  5. Ostematrix
  6. Nutriferon
  7. Vitalea

 

 

 

Agak banyak kan..? Tapi tu la, ikutkan semua jenis nak bawak. Tapi ni pilih yang selalu bawak la…:)

 

 

Kenapa mama fas bawa ni semua dan Apa Manfaat vitamin Shaklee ni?

 

 

 

  1. Chew Vita C/SR vita C

chew-c-sr-vita-c-shaklee-vitamin-c-shaklee

Biasa dalam perjalanan jauh, kekadang anak-anak mama fas rasa nak muntah. Dulu kerap macam tu, tapi sekarang Alhamdulillah, dah tak ada. Cuma mama fas akan sediakan juga sebagai backup. Jadi, cara paling selamat adalah bagi mereka kemam chew c. Bila rasa masam-masam kurang sikit rasa nak muntah.. 🙂  Mama fas pun suka juga kemam-kemam chew c ni. Lebih baik dari kemam gula-gula kan..:)

 

 

 

  1. Performance drink

 

performance-drink

Air ni selalu anak mama fas minum. Dia akan cakap air tenaga. Mama fas akan bancuh siap-siap air ni dalam tumbler. Fungsi Performance Drink adalah untuk  memberi tenaga kerana ia mengandungi elektrolit yang  dapat mengekalkan tahap bendalir dalam badan dan mengelakkan kekeringan. Performance ni pengganti kepada air tenaga macam 100plus tu. Cuma ia kurang gula, tidak bergas malah lebih sihat..:)

 

 

 

  1. Ostematrix

    ostematrix

Paling mama fas suka ambil sebab bila dalam perjalanan jauh, badan-badan pun akan jadi lenguh-lenguh. Pengambilan Ostematrix setiap malam in shaa allah sangat membantu untuk  tidur lebih lena. Malah dapat mengurangkan dan tidak keterlaluan kalau dikatakan sakit-sakit badan pun akan hilang keesokan harinya.

Kadang-kadang bila balik kampung atau ke mana-mana tempat, mama fas ada rasa kurang selesa atau tidak ada rasa nak membuang…hehehe. Tak best la pulak kan, makan banyak-banyak tetiba tak nak membuang. Jadi, makan Ostematrix la salah satu pembantu terbaik melaksanakan urusan tersebut.:)

 

 

 

  1. B-Complex

    b-complex

Penting sangat B complex ni untuk tenangkan fikiran tau. Mood kena la maintain happy. Tambah bila balik kampung atau dalam perjalanan jauh, anak-anak pun banyak ragamnya. Jadi, tak mau la stress-stress. Kekadang tu boleh jadi sakit kepala tau. Apalagi, kena telan B-complex dan Ostematrix la bila sakit kepala menyerang.

 

 

 

  1. Herbal Blend

    herbal-blend

Paling best guna krim ni adalah, bila balik kampung atau travel mana-mana dan banyak nyamuk, sangat berkesan bila sapu krim ni..nyamuk pun lari, malah kesan gigit, gatal-gatal pun berkurangan. Kesan bengkak gigitan pun cepat surut. Anak mama fas memang dah tau sangat apa benda yang perlu dia cari dan guna bila gatal-gatal atau bila kena gigit nyamuk…:)

 

 

 

  1. Nutriferon

nutriferon

Pada mama fas ini lah pelindung atau immune booster semulajadi yang wajib ada pada setiap keluarga. Kenapa? Sistem imun badan kita ni adakala naik turun. Bila sistem imun kita menurun maka sangat mudah untuk kita dapat jangkitan penyakit. Dalam situasi macam tu, Nutriferon sangat penting untuk kita ambil dan ia membantu meningkatkan sistem imun kita untuk melawan penyakit. In shaa allah. Kalau kita diserang demam, selsema gandingkan dengan vitamin C, cepat ja baik…:)

 

 

 

  1. Vitalea

vitalea

Ini antara pelengkap nutrisi terbaik mama fas. Dah la semulajadi, penyerapan pun segera. Memang mama fas mengaku, pengambilan makanan harian mama fas memang selalu tak ikut pola pemakanan sebenar. Akibatnya, terpaksala mama fas support dengan Vitalea ni supaya badan kekal sihat. In shaa allah.

 

 

 

 

Lagi, kalau rasa taknak mengantuk  masa drive, sangat digalakkan ambil Cinch Tea ni..gerenti segar ja mata tau. Lagi selamat dan sihat dari minum minuman berkafein tu!!! 🙂

cinch-tea

 

Inilah antara vitamin Shaklee yang mama fas bawa bila balik kampung atau travel ke mana-mana. Anda pun boleh cuba.

 

 

sharing is caring,pengedar shaklee Kedah,pengedar shaklee Jitra,Alor Setar, Cara menaikkan semangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
ˆ